agel1malaysia.blogspot.com

Portal Komuniti Agel Anda

  • Selamat datang ke Portal Komuniti Agel1Malaysia. Segala informasi dan maklumat berkenaan produk Agel boleh didapati dan dikongsi di sini.

PENGURUSAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT
Pengenalan


• Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
• Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
• Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout
Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

•Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
•Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
•Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil tanpa had.

1. ELAKKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI PURIN YANG TINGGI
  • Organ dalaman haiwan seperti hati,limpa,peparu,buah pinggang dan sebagainya
  • Ikan bilis dan ikan sardin di dalam tin
  • Pati daging
  • Kekacang seperti dal,kacang pea,kacang tanah,kacang soya dan produknya seperti tauhu,tempe,air kacang soya,tauchoo
  • Sayur-sayuran seperti bayam,bunga kobis,cendawan ,asparagus ,kentang
  • Bijiran mil seperti roti wholemeal,all bran dan tepung attar
  • Minuman seperti teh,kopi,koko,dan coklat

2. MAKANAN YANG BOLEH DIAMBIL DALAM KUANTITI SEDIKIT

  • Daging
  • Ayam
  • Ikan dan makanan laut terutamanya udang,sotong,kerang,ketam

3. MAKANAN YANG BOLEH DIAMBIL TANPA HAD

  • Sayur-sayuran selain dari yang disebut di atas
  • Susu dan produknya
  • Telur
  • Buah-buahan
  • Mentega dan lain-lain lemak, manisan dan gula

PANDUAN AM

1. Pesakit yang berlebihan berat badan perlu menurunkan berat badan

2. Lebihkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

Produk yang sesuai untuk pesakit Gout adalah EXO,UMI dan MIN

Categories:

0 Response for the "PENGURUSAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT"

Post a Comment